Posts

Review Helmet: Bell Qualifier

Image
Salam tayar golek gaisss. Arini ak nak bagi review tentang helmet untuk beginner yang agak lama dah di pasaran dan hanya rekaan grafik dia sahaja yang berubah setiap tahun. Dah terlampau banyak design yang ada sehinggakan ak pun pening nak pilih mana satu. Tapi ak tetap berkenan kat warna hitam/putih yang boleh masuk dengan warna motor/jaket apa yang ak guna. Nama model yang aku pilih ialah Bell Qualifier Integrity. Design macam celoreng askar Material yang digunakan untuk helmet ni ialah lightweight polycarbonate tetapi ak tetap rasa ianya agak berat bila dipakai. Adakah kepala ak sendiri yang berat? Ak pun tak tau. Lubang udara yang ada ialah 2 dibahagian atas dan 1 di bahagian mulut. Pada mulanya ak rasa lubang kat mulut ni macam takde function tapi dalam cuaca panas, lubang ni la yang buatkan ak rasa sejuk sikit masa ride dan memudahkan pillion untuk dengar apa yang ak cakap.  Logo Bell kaler grey/black Logo asal Bell ialah berwarna Merah/Putih tapi untu...

Kawasaki Z250SL review: After 30,000 km of mileage

Image
Hey guysss. I hope you guys can bear with my English which is not my first language. Let me give a brief introduction about this bike since I have been using it for the past two years. This bike is a naked version of Kawasaki Ninja 250SL and almost all of their parts are similar to each other (minus the headlamp and fairing). It can generate 28 HP and maximum torque of 22.6 Nm @ 8200 rpm. This agile bike weighing in at just 148 kg wet, thus promises nimble handling thanks to the front 100/80 and back 130/70 tires. In terms of styling, this streetfighter bike looks aggressive with lots of sharp edges. My review after 30,000 km of mileage Why do I pick this bike? When it comes to naked bike, the streetfighter style is not everybody’s favourite in Malaysia but what I like the most is the design itself. Its Trellis frame design looks familiar (Ducati Monster look-alike) and even though my pocket is not deep enough to afford a Ducati, this bike is more than enough to satisfy m...

Lampu LED II: Lampu macam Z250?

Image
Salam tayar golek gaisss. Ak nak share mengenai mod yang ak buat kat lampu depan Z250SL ni. Bagi yang belum familiar dengan motor ni, headlight/headlamp terdiri daripada satu mentol saja dan rupa dia menirus ke depan. Signal tepi plak terletak pada bahagian atas headlight berdekatan dengan clutch dan brake lever. So kenapa ak tukar headlight ni walaupun takde masalah? Saja nak tukar selera sebenarnya haha. Ak berkenan kat lampu Z250 yang ada 2 lampu so ak beli replika headlamp Z250 kat bengkel ustaz Ali Bikers, Shah Alam. replika headlamp z250 Headlamp asal untuk Z250SL MODIFIKASI YANG DIPERLUKAN Kalau korang perasan warna asal untuk replika headlamp tu ialah merah so ak guna carbon fiber sticker yang ak beli kat Mr. DIY untuk balut permukaan warna merah supaya boleh masuk dengan warna motor ak. If korang nak try cat warna lain pun boleh, terpulang kat kreativiti masing-masing.  Bulb asal untuk replika headlamp ini ialah lampu halogen jadi ak gantikan dengan ...

Review Helmet: Shark Raw

Image
Salam tayar golek gaisss. 2020 dah pun menjelma. Biar ak cerita sikit pasal background helmet ni. Kalau peminat MotoGP mesti tau yang Shark Helmet dipakai oleh rider Avintia Ducati pada musim depan tahun 2020, Johann Zarco untuk model full-face. Shark Helmet ni dari France so maybe Zarco nak support negara sendiri kot (memandai je ak). Masa ak mula-mula beli nama dia Shark Raw tapi dah ditukar ke Shark Drak. Sekarang dah hampir 2 tahun ak pakai dan tak pernah rasa menyesal guna. Ak pilih kaler hijau untuk masuk dgn motor haha Seperti mana yang kita tau helmet ada 3 jenis: Full-face, open-face dan modular.  Ramai yang ingat helmet ni full-face sebab ada mask dan goggle yang memang tutup habis muka.  Sebenarnya ianya open-face dan mask tu ibarat penahan angin dan struktur dia hanya berpaut kat bahagian bawah goggle. Mask tu boleh tanggal dari goggle dan disimpan kalau tak nak guna. Helmet ni boleh dikategorikan di bahagian mid-range dari segi harga. Bentuk bujur...

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Image
Salam tayar golek gaisss. Untuk pengetahuan korang, lampu z250sl mempunyai masalah lapisan coating lampu depan yang tak tahan panas dan akan merekah apabila terdedah lama dengan suhu panas. So ramai rider yang tukar kepala lampu depan dan claim kat Kawasaki Malaysia dengan percuma tanpa cas. Nak tukar seberapa banyak kali pun boleh. Prosedur untuk claim tu cepat dan senang tapi ada cara yang lagi mudah dan dalam masa yang sama lebih selamat kepada rider. Telinga capang beb Isunya mentol bulb yang Kawasaki Z250SL gunakan menghasilkan banyak haba dan tak sesuai untuk cuaca kita yang sememangnya panas. Jadi mentol bulb tu boleh digantikan dengan bulb yang lebih sesuai iaitu bulb lampu LED. Osram Bilux 64185 (light bulb asal) Panas baq ang. Lepas long ride mesti headlight panas macam kuali Lampu ni ialah sejenis lampu halogen 12V dan digunakan pada soket jenis H4 (3 pin). Warna lampu ini ialah sedikit kekuningan macam lampu tepi jalan dan color temperature...

Mod kalis air: Musim hujan edition

Image
Salam tayar golek gaisss. Bila sampai je bulan Disember memang wajib kena menghadap hujan and rider semua takde pilihan selain dari meredah hujan untuk pegi dan balik keja. Bagi ak, kalau balik keja redah hujan takpe tapi jangan pegi keja redah hujan. Fuhh tak sanggup ak masuk ofis dalam keadaan baju dan kasut yang basah. Dah la ak kena pakai safety shoes masa keja. Safety shoes ni sekali dah basah, bau kepam dengan lembap tu susah sangat nak hilang. Baju hujan tu ak rasa semua rider dah memang standby waktu daily ride dan tu tak menjadi masalah. Tapi macam mana dgn kasut dan glove korang? Helmet plak? So ak terfikir macam mana nak setelkan problem ni tanpa keluar duit yang banyak untuk beli aksesori kalis air yang memang mahal. Ak nak kongsi sikit pengalaman ak yang tak seberapa ni untuk mudahkan korang. Ada yang dijual dengan murah dan boleh DIY kat rumah korang sendiri.  Sarung Kasut Sarung untuk korang nampak ensem waktu hujan Biaq betul sarung kasut? Ye benda n...

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Image
Salam tayar golek gaisss. Setiap rider mesti pernah rasa tayar sliding dan tak mencengkam jalan apabila korang emergency brake dan juga dalam kelajuan yang biasa. Sesebuah tayar tu perlu ditukar apabila korang rasa tak confident dengan performance di atas jalan lurus mahupun ketika selekoh. Kerap kali rider-rider malaya mengadu yang stock tires ataupun tayar standard kilang tak perform dan membahayakan bila solo ride mahupun ketika dengan pillion. So berdasarkan pengalaman ak yang tak seberapa ni, tayar depan kuda ak dah ditukar kepada Pirelli Angel CT dan tayar belakang kepada Metzeler Sportec Street. Kenapa jadi camtu? Haaa asalnya ak tukar tayar belakang dulu barulah tayar depan bergantung kat stok bengkel yang ak pegi. Jom kita tengok satu persatu review tayar ni. PIRELLI ANGEL CT Ciri-ciri dia cuma bunga kat tepi 1. DURABILITY / MILEAGE Setakat ni ak pakai dah 10,000 km dan setakat ni tak pernah mengecewakan. Buat masa ni ak daily ride dari Cheras ke Cyberj...