Review Helmet: Bell Qualifier

Salam tayar golek gaisss. Arini ak nak bagi review tentang helmet untuk beginner yang agak lama dah di pasaran dan hanya rekaan grafik dia sahaja yang berubah setiap tahun. Dah terlampau banyak design yang ada sehinggakan ak pun pening nak pilih mana satu. Tapi ak tetap berkenan kat warna hitam/putih yang boleh masuk dengan warna motor/jaket apa yang ak guna. Nama model yang aku pilih ialah Bell Qualifier Integrity.


Design macam celoreng askar

Material yang digunakan untuk helmet ni ialah lightweight polycarbonate tetapi ak tetap rasa ianya agak berat bila dipakai. Adakah kepala ak sendiri yang berat? Ak pun tak tau. Lubang udara yang ada ialah 2 dibahagian atas dan 1 di bahagian mulut. Pada mulanya ak rasa lubang kat mulut ni macam takde function tapi dalam cuaca panas, lubang ni la yang buatkan ak rasa sejuk sikit masa ride dan memudahkan pillion untuk dengar apa yang ak cakap. 


Logo Bell kaler grey/black

Logo asal Bell ialah berwarna Merah/Putih tapi untuk varian ini, warna logonya ialah Hitam/Kelabu sesuai dengan keseluruhan rupanya. Dari segi visor pulak, ianya datang dengan Nutrafog II (anti-fog, anti-scratch dan perlindungan UV) serta mempunyai fungsi ClickRelease yang memudahkan kita menanggal dan memasang visor dengan cepat. Selain tu, ianya jugak dilengkapi dengan kolar angin yang mengurangkan bunyi deru angin ketika kita memecut dalam kelajuan cahaya (ak bawak kelajuan ysuku je).


Bentuk separuh oval

Tali pengikat helmet ini ialah jenis D-ring dan mempunyai padding untuk memberi keselesaan pada rider. Pada mulanya ak rasa susah gak nak pakai D-ring ni sebab dah biasa pakai quick release. Tapi bila baca review lain, rupa-rupanya D-ring ni lagi selamat dan tak mudah langsung tertanggal bila eksiden. So ak redha jela setiap kali pasang dan bukak benda ni asalkan rasa selamat.


Certified by DOT (tapi bukan SIRIM)

Bahagian dalamnya jugak boleh ditanggalkan untuk dibasuh serta mempunyai fungsi anti-bacteria. So kalau korang berpeluh sebaldi pun lapisan dalamnya masih tak berbau sangat (kecuali korang perap helmet dalam beg helmet, yaiksss). Ruang untuk alat komunikasi Bluetooth jugak disediakan untuk rider yang tak bleh berhenti bercakap dan nak potpet je memanjang.

Jadi sepanjang ak pakai helmet ni dalam masa 6 bulan, ak rasa sangat selesa untuk pakai ni dalam keadaan kering atau hujan. Mula-mula pakai memang la rasa ketat sikit tapi lama-lama akan longgar jugak kat bahagian pipi. Cuma visor yang ak dapat ialah jenis clear so bila cuaca panas tu ak rasa silau sikit. Kalau dapat smoke visor mesti best. 

KESIMPULAN

Ak dah heret helmet ni ke merata tempat jugak dan mudah untuk disangkut kat motor ak. Helmet ni sesuai untuk beginner macam ak sebab ianya memang entry level street helmet. Range harga untuk helmet ni ialah RM500 - RM600. Korang bleh dapatkan helmet ni kat mana-mana dealer atau bengkel yang berdekatan sebab helmet ni agak common. Selamat mencubaaa.


Comments

Popular posts from this blog

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Mod kalis air: Musim hujan edition