Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Salam tayar golek gaisss. Setiap rider mesti pernah rasa tayar sliding dan tak mencengkam jalan apabila korang emergency brake dan juga dalam kelajuan yang biasa. Sesebuah tayar tu perlu ditukar apabila korang rasa tak confident dengan performance di atas jalan lurus mahupun ketika selekoh. Kerap kali rider-rider malaya mengadu yang stock tires ataupun tayar standard kilang tak perform dan membahayakan bila solo ride mahupun ketika dengan pillion.

So berdasarkan pengalaman ak yang tak seberapa ni, tayar depan kuda ak dah ditukar kepada Pirelli Angel CT dan tayar belakang kepada Metzeler Sportec Street. Kenapa jadi camtu? Haaa asalnya ak tukar tayar belakang dulu barulah tayar depan bergantung kat stok bengkel yang ak pegi. Jom kita tengok satu persatu review tayar ni.



PIRELLI ANGEL CT

Ciri-ciri dia cuma bunga kat tepi

1. DURABILITY / MILEAGE

Setakat ni ak pakai dah 10,000 km dan setakat ni tak pernah mengecewakan. Buat masa ni ak daily ride dari Cheras ke Cyberjaya melalui MEX highway dan kalau korang biasa lalu situ, jalan dia lurus dan panjang. So bahagian tengah tayar akan banyak digunakan tapi ak tak nampak lagi tanda-tanda tayar jadi petak (tayar bersegi kat bahagian tengah).


2. WET GRIP / HUJAN

Untuk 5,000 km yang pertama ak rasa tayar ni memang perform dalam hujan dan sangat stabil walaupun terlanggar lopak-lopak air atas jalan. Cengkaman dia memang terasa dan braking pun sangat responsif. Tapi selepas 5,000 km ak rasa performance berkurang tapi mungkin ada faktor lain (kesan minyak atas jalan). Ada hari-hari dia yang ak rasa cornering tak stabil. Jangan risau, pastikan tayar korang bersih dari minyak dan inspect permukaan tayar korang.


3. CORNER
Pandangan tepi tayar
Akhirnya ak rasa confident nak ambik corner dengan laju dan selamba. Bunga tayar hanya ada di tepi dan kalau korang tengok corak dia, tayar ni sesuai untuk cornering yang stabil dan grip yang macho. Longkang bunga dia sampai ke hujung sisi tayar untuk mencengkam jalan tar.


4. BRAKE

Emergency brake sangat responsif dan tak sliding. Grip tayar ni sangat bagus dan mencengkam.


METZELER SPORTEC STREET

Bunga tayar optimum untuk jalan lurus dan cornering

1. DURABILITY / MILEAGE

Tayar ni pun ak pakai dah 10,000 km dan terkejut dengan performance untuk tayar belakang. Ramai orang yang review tayar ni dan dorang rasa tak bagus untuk daily ride tapi ak guna elok je. Antara sebabnya mungkin ak pakai tayar yang lebih besar dari recommendation (standard kilang 130/70 tapi ak pakai 150/60). Pada mulanya ak rasa agak berat kat bahagian belakang dan top speed seakan berkurang tapi bila dah jalan lebih 5,000 km, ak rasa tayar ni sangat steady.

2. WET GRIP / HUJAN

Seperti yang ak cakap kat atas tadi, saiz tayar dia yang besar tu membuatkan tayar ni steady dalam hujan. Cengkaman dia memang terasa dan braking pun sangat responsif. Ak tak pernah rasa tayar ni sliding waktu hujan dan boleh dikawal dengan baik.


3. CORNER
Longkang bunga tayar sampai ke bahagian tepi

Cornering sangat steady dan tak rasa goyang langsung. Kemungkinan jugak saiz tayar yang besar mempengaruhi kestabilan waktu membelok. Power delivery dari enjin ke tayar tak terjejas dan ak boleh kawal speed dengan betul masa cornering. Paling ak suka bila keluar exit highway memang confirm corner baring punya.


4. BRAKE

Emergency brake terasa sliding sikit bila ak dah pakai tayar ni melebihi 10,000 km. Sebelum tu, performance waktu braking memang cun dan responsif. Momentum kelajuan pun singkat je dan cuma ambik beberapa saat untuk berhentikan motor. Yang penting korang kena jaga jarak dengan kereta or motor di depan. Pastikan ada gap yang cukup besar walaupun korang tahu yang tayar ni mampu untuk berhenti mengejut.


CONCLUSION

Rating

Tayar
Durability
Hujan
Corner
Brake
Pirelli Angel City
9
9
8
9
Metzeler Sportec Street
9
8
8
7


Mungkin tak adil bila ak compare dua tayar ni disebabkan ak pakai set tayar depan dan belakang yang berlainan tapi ak boleh rasa ada perbezaan antara performance kedua-dua brand ni. Overall, kualiti dan performance untuk keduanya melebihi expectation dan ak berpuas hati dengan pilihan yang ak buat. Rasa berbaloi dengan pelaburan untuk keselamatan dan performance. Sekian untuk review tayar untuk mileage 10,000 km dan ak akan update korang lagi selepas 15,000 km. Goodluck pilih tayar gaisss.






Comments

Popular posts from this blog

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Mod kalis air: Musim hujan edition