Mod kalis air: Musim hujan edition

Salam tayar golek gaisss. Bila sampai je bulan Disember memang wajib kena menghadap hujan and rider semua takde pilihan selain dari meredah hujan untuk pegi dan balik keja. Bagi ak, kalau balik keja redah hujan takpe tapi jangan pegi keja redah hujan. Fuhh tak sanggup ak masuk ofis dalam keadaan baju dan kasut yang basah. Dah la ak kena pakai safety shoes masa keja. Safety shoes ni sekali dah basah, bau kepam dengan lembap tu susah sangat nak hilang.

Baju hujan tu ak rasa semua rider dah memang standby waktu daily ride dan tu tak menjadi masalah. Tapi macam mana dgn kasut dan glove korang? Helmet plak? So ak terfikir macam mana nak setelkan problem ni tanpa keluar duit yang banyak untuk beli aksesori kalis air yang memang mahal. Ak nak kongsi sikit pengalaman ak yang tak seberapa ni untuk mudahkan korang. Ada yang dijual dengan murah dan boleh DIY kat rumah korang sendiri. 

Sarung Kasut

Sarung untuk korang nampak ensem waktu hujan

Biaq betul sarung kasut? Ye benda ni ada dijual online dan tak mahal sangat pun. Kenapa tak sarung selipar bertutup je waktu ride? Ak memang tak sanggup nak pakai selipar je sebab jari kaki ni confirm rabak kalau accident. So better la korang pakai jugak kasut tu sebagai protection walaupun hanye lah minor protection sahaja. 

Jadi ak pakai sarung kaki ni satu set dengan baju hujan yang memang dah sedia ada. Cuma sarung, zip dan terus ride. Antara ciri menarik sarung ni ialah tapak dia memang getah dan agak grip. Selain tu ada reflector kat bahagian tumit untuk keselamatan. Confirm kasut korang tak basah.

Helmet Visor

Gambar tak bleh blah kan, haha nak tunjuk visor je sebenarnya

Ada sesetengah rider yang tak boleh ride waktu hujan sebab silau dari lampu kereta dan wap air yang ada pada visor. So untuk tackle problem ni, ak sembur waterproof coating kat permukaan luar dan dalam visor supaya air tak boleh mengewap dan menghalang pandangan. 


Takawachi rain clear (RM28.90)

Caranya sangat mudah dan ambik masa beberapa minit je. Mula-mula cuci visor korang sampai bersih dan lap dengan kain sampai kering. Pastu sembur coating ni dan lap guna tisu sampailah semua permukaan visor. Pastikan korang lap in circular motion supaya coating tu rata. Keringkan dalam 2 minit dan dah siappp.


Riding glove

Glove selepas sembur waterproof coating

Ak tau tak semua rider pakai glove waktu hujan disebabkan glove yang menyerap air dan buat tangan korang lagi sejuk. Tetapi korang kena jugak pakai glove untuk protection sebab waktu hujan la mudah untuk accident. So ak nak share cara yang boleh buat glove korang waterproof tanpa korang spend duit untuk waterproof gloves.


Rust-oleum NeverWet
Caranya hampir sama dengan kaedah visor tadi sebab kena pakai waterproof coating yang korang boleh beli online. Cuma sembur coating hingga rata kat semua bahagian glove dan pastikan glove betul-betul kering. Ada sesetengah coating yang membuatkan glove korang jadi putih disebabkan material yang digunakan tetapi coating yang ak pakai ni ialah colorless. Tangan korang pun kering dan takdelah sejuk sangat lepas apply coating ni. Coating ni berbaloi sebab boleh dipakai banyak kali.


Cara mudah untuk keselamatan korang

Jadi itulah ak nak kongsi tips yang ak buat untuk keselamatan dan keselesaan waktu ride. Sangat mudah dan DIY je. Semoga semua rider kat luar sana pergi dan balik kerja dengan selamat. Untuk rider yang berkonvoi jauh jugak semoga perjalanan korang lancar dan balik dengan selamat. Take care gaisss.


Comments

Popular posts from this blog

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?