Lampu LED: Mod untuk keselamatan?
Salam tayar golek gaisss. Untuk pengetahuan korang, lampu z250sl mempunyai masalah lapisan coating lampu depan yang tak tahan panas dan akan merekah apabila terdedah lama dengan suhu panas. So ramai rider yang tukar kepala lampu depan dan claim kat Kawasaki Malaysia dengan percuma tanpa cas. Nak tukar seberapa banyak kali pun boleh. Prosedur untuk claim tu cepat dan senang tapi ada cara yang lagi mudah dan dalam masa yang sama lebih selamat kepada rider.
Isunya mentol bulb yang Kawasaki Z250SL gunakan menghasilkan banyak haba dan tak sesuai untuk cuaca kita yang sememangnya panas. Jadi mentol bulb tu boleh digantikan dengan bulb yang lebih sesuai iaitu bulb lampu LED.
Osram Bilux 64185 (light bulb asal)
Panas baq ang. Lepas long ride mesti headlight panas macam kuali |
Lampu ni ialah sejenis lampu halogen 12V dan digunakan pada soket jenis H4 (3 pin). Warna lampu ini ialah sedikit kekuningan macam lampu tepi jalan dan color temperature yang dihasilkan ialah 3200 K. Jadi haba yang dikeluarkan oleh lampu ni boleh membuatkan lampu depan korang seakan-akan retak tetapi sebenarnya hanya coating permukaan headlight sahaja yang terjejas. Korang boleh gunakan grinder untuk hilangkan kesan tu tapi leceh gile.
Nampak je retak tapi permukaan luar je |
HJG H4 LED headlight
Ada 3 LED pada satu badan aluminium untuk pengaliran haba |
Ak pilih lampu ni sebab nampak durable dan harga yang agak murah. Lampu ni ialah lampu LED jenis COB (chips on board) dan menggunakan voltage 9V. Disebabkan z250sl menggunakan H4 socket, korang jangan tersilap beli jenis lampu plak. Seperti lampu LED yang lain, lampu yang dihasilkan sangat putih dan cerah kerana color temperature dia ialah sebanyak 6500K. Boleh dikatakan takde sebarang haba yang dihasilkan dan material yang digunakan adalah aluminium.
Lampu bawah hanya 2 LED menyala, Lampu tinggi plak semua menyala |
PERBANDINGAN LAMPU ASAL VS LED
Jenis
|
Osram Bilux (asal)
|
HJG H4 LED
|
Material
|
Kaca dan filamen
|
Aluminium dan LED
|
Voltage
|
12V
|
9V
|
Power
|
35W
|
18W
|
Color temperature
|
3200K
|
6500K
|
Kesimpulannya berbaloi tukar lampu LED ni bukan saja korang bleh elakkan dari haba yang panas, korang bleh jugak save energy dan memudahkan korang nampak jalan sebab sangat terang. Kereta lain pun senang nampak kita dan lebih aware bila kita lalu sebelah dorang. Cuma korang perlu pilih LED yang sesuai dan tahan lama.Okay gudluck gaisss.
Comments
Post a Comment