Review Helmet: Shark Raw

Salam tayar golek gaisss. 2020 dah pun menjelma. Biar ak cerita sikit pasal background helmet ni. Kalau peminat MotoGP mesti tau yang Shark Helmet dipakai oleh rider Avintia Ducati pada musim depan tahun 2020, Johann Zarco untuk model full-face. Shark Helmet ni dari France so maybe Zarco nak support negara sendiri kot (memandai je ak). Masa ak mula-mula beli nama dia Shark Raw tapi dah ditukar ke Shark Drak. Sekarang dah hampir 2 tahun ak pakai dan tak pernah rasa menyesal guna.

Ak pilih kaler hijau untuk masuk dgn motor haha


Seperti mana yang kita tau helmet ada 3 jenis: Full-face, open-face dan modular. Ramai yang ingat helmet ni full-face sebab ada mask dan goggle yang memang tutup habis muka. Sebenarnya ianya open-face dan mask tu ibarat penahan angin dan struktur dia hanya berpaut kat bahagian bawah goggle. Mask tu boleh tanggal dari goggle dan disimpan kalau tak nak guna. Helmet ni boleh dikategorikan di bahagian mid-range dari segi harga.


Bentuk bujur ke belakang

Dari belakang macam telur sikit

BENTUK

Shape helmet ni umpama helmet untuk pilot jet pejuang haha. Nampak macam helmet untuk SWAT pun boleh jadi jugak. Permukaan atas dia sedikit bujur dan bila dipakai dengan goggle, rupa dia dari depan nampak cantik bagi ak. Personally, dari segi keselamatan helmet ni sama seperti helmet half-face yang lain. Kehadiran mask tu sama je macam pakai visor sebab kedua-duanya akan patah kalau accident.


Apabila visor naik atas dan mask ditanggal

PEMAKAIAN

Kalau pakai helmet ni waktu musim hujan, korang mesti menyesal sebab air boleh tembus melalui gap yang ada antara goggle dan mask. Lagi satu, korang akan rasa susah sikit nak bernafas ikut celah mask tu sebab cuaca sejuk dan mulut korang akan rasa beku. Musim panas ialah waktu paling okay untuk pakai kat cuaca Malaysia ni. Goggle dia anti-fog so tak ade masalah wap air yang melekat kat permukaan lens goggle tersebut.

Untuk sesiapa yang pernah pakai goggle, korang mesti biasa dengan term tunnel vision. Maksud dia ialah penglihatan korang ibarat dari dalam terowong dan memandang ke luar. Apa yang ak nak terangkan ialah penglihatan bahagian tepi korang akan terjejas sikit so make sure yang kita alert dengan kereta kat lorong sebelah.


Permukaan mask dari bahagian dalam

CIRI-CIRI UNIK

Helmet ni memang ada disediakan ruang untuk korang letak alat komunikasi bluetooth, sama seperti helmet premium range yang lain. Lens untuk visor ni ialah dari brand Carl Zeiss dan mempunyai dua layer dengan ciri anti-fog dan juga anti-scratch. Lapisan dalam helmet ni dilengkapi dengan fiber dari buluh untuk penyerapan peluh dan boleh ditanggalkan untuk dicuci.


Apabila mask ditanggalkan dan kucing ak melepak kat tepi


KESIMPULAN

Design dia agak unik dan mesti buat orang lain tengok pelik je. Pedulikan diorang dan ikut je selera korang kalau berminat. Barulah nampak rare skit kan. Setakat ni polis kat roadblock tak tahan ak lagi so lepas la nak pakai helmet ni atas jalan haha. Angkat je visor dengan mask tu ke atas so that polis boleh nampak muka korang. Baru lah rasa berani skit nak tempuh roadblock. Ok gais kalau berminat bleh cari kat fb Shark Helmet ataupun boleh pegi ke kedai TBS helmet gallery kat Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Kat kedai situ harga helmet ni paling murah di seluruh Malaysia dengan range harga RM900 - RM 1000.

Comments

Popular posts from this blog

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Mod kalis air: Musim hujan edition