Lampu LED II: Lampu macam Z250?
Salam tayar golek gaisss. Ak nak share mengenai mod yang ak buat kat lampu depan Z250SL ni. Bagi yang belum familiar dengan motor ni, headlight/headlamp terdiri daripada satu mentol saja dan rupa dia menirus ke depan. Signal tepi plak terletak pada bahagian atas headlight berdekatan dengan clutch dan brake lever. So kenapa ak tukar headlight ni walaupun takde masalah? Saja nak tukar selera sebenarnya haha. Ak berkenan kat lampu Z250 yang ada 2 lampu so ak beli replika headlamp Z250 kat bengkel ustaz Ali Bikers, Shah Alam.
replika headlamp z250 |
Headlamp asal untuk Z250SL |
MODIFIKASI YANG DIPERLUKAN
Kalau korang perasan warna asal untuk replika headlamp tu ialah merah so ak guna carbon fiber sticker yang ak beli kat Mr. DIY untuk balut permukaan warna merah supaya boleh masuk dengan warna motor ak. If korang nak try cat warna lain pun boleh, terpulang kat kreativiti masing-masing.
Bulb asal untuk replika headlamp ini ialah lampu halogen jadi ak gantikan dengan LED bulb supaya lampu lebih cerah dan terang selain daripada menjimatkan bateri. Satu pun dah cukup terang bagi ak, inikan pulak 2 LED bulb. Fuhh baru lah rasa selamat sikit bawak motor waktu malam sebab kereta mesti nampak punya.
Windshield yang besar jugak diperlukan untuk menutupi bahagian atas replika headlamp ini kerana saiz headlamp ni agak kecil dan ada sedikit ruang yang perlu ditutup untuk menampakkan rupa yang kemas dan sesuai dengan rupa keseluruhan motor.
Setelah dipasang oleh brader otai kat bengkel |
CARA PEMASANGAN
Untuk memasang replika headlamp ni, korang perlukan orang yang pakar untuk modi bracket dan jugak untuk buat wiring lampu ni. So ak recommend korang hantar kat bengkel yang boleh tolong untuk buat tapak bracket dan juga wiring yang betul. Kedudukan lampu ni tak boleh dipasang terlampau rendah sebab lampu signal akan menghalang pergerakan handlebar masa membelok nanti.
Alamak motor ak tengah kencing |
KESIMPULAN
Alhamdulillah setakat ni headlamp ak takde masalah dari segi functionality dan jugak performance. Design dia pun ak boleh terima walaupun nampak takde beza sangat pun daripada lampu asal. Lampu signal pun lebih kemas sebab tak capang dan lebih kecik. Lampu bawah dan atas pulak berfungsi dengan padu. Cuma satu je yang ak nak pesan kalau nak modi headlamp ni pastikan motor korang dah habis waranti 2 tahun / 20,000 km sebab dia bleh membuatkan waranti korang void. Orait gais happy new yearrr.
Saja nak acah-acah macam Z250 |
Comments
Post a Comment