Posts

Showing posts from December, 2019

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Image
Salam tayar golek gaisss. Untuk pengetahuan korang, lampu z250sl mempunyai masalah lapisan coating lampu depan yang tak tahan panas dan akan merekah apabila terdedah lama dengan suhu panas. So ramai rider yang tukar kepala lampu depan dan claim kat Kawasaki Malaysia dengan percuma tanpa cas. Nak tukar seberapa banyak kali pun boleh. Prosedur untuk claim tu cepat dan senang tapi ada cara yang lagi mudah dan dalam masa yang sama lebih selamat kepada rider. Telinga capang beb Isunya mentol bulb yang Kawasaki Z250SL gunakan menghasilkan banyak haba dan tak sesuai untuk cuaca kita yang sememangnya panas. Jadi mentol bulb tu boleh digantikan dengan bulb yang lebih sesuai iaitu bulb lampu LED. Osram Bilux 64185 (light bulb asal) Panas baq ang. Lepas long ride mesti headlight panas macam kuali Lampu ni ialah sejenis lampu halogen 12V dan digunakan pada soket jenis H4 (3 pin). Warna lampu ini ialah sedikit kekuningan macam lampu tepi jalan dan color temperature...

Mod kalis air: Musim hujan edition

Image
Salam tayar golek gaisss. Bila sampai je bulan Disember memang wajib kena menghadap hujan and rider semua takde pilihan selain dari meredah hujan untuk pegi dan balik keja. Bagi ak, kalau balik keja redah hujan takpe tapi jangan pegi keja redah hujan. Fuhh tak sanggup ak masuk ofis dalam keadaan baju dan kasut yang basah. Dah la ak kena pakai safety shoes masa keja. Safety shoes ni sekali dah basah, bau kepam dengan lembap tu susah sangat nak hilang. Baju hujan tu ak rasa semua rider dah memang standby waktu daily ride dan tu tak menjadi masalah. Tapi macam mana dgn kasut dan glove korang? Helmet plak? So ak terfikir macam mana nak setelkan problem ni tanpa keluar duit yang banyak untuk beli aksesori kalis air yang memang mahal. Ak nak kongsi sikit pengalaman ak yang tak seberapa ni untuk mudahkan korang. Ada yang dijual dengan murah dan boleh DIY kat rumah korang sendiri.  Sarung Kasut Sarung untuk korang nampak ensem waktu hujan Biaq betul sarung kasut? Ye benda n...

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Image
Salam tayar golek gaisss. Setiap rider mesti pernah rasa tayar sliding dan tak mencengkam jalan apabila korang emergency brake dan juga dalam kelajuan yang biasa. Sesebuah tayar tu perlu ditukar apabila korang rasa tak confident dengan performance di atas jalan lurus mahupun ketika selekoh. Kerap kali rider-rider malaya mengadu yang stock tires ataupun tayar standard kilang tak perform dan membahayakan bila solo ride mahupun ketika dengan pillion. So berdasarkan pengalaman ak yang tak seberapa ni, tayar depan kuda ak dah ditukar kepada Pirelli Angel CT dan tayar belakang kepada Metzeler Sportec Street. Kenapa jadi camtu? Haaa asalnya ak tukar tayar belakang dulu barulah tayar depan bergantung kat stok bengkel yang ak pegi. Jom kita tengok satu persatu review tayar ni. PIRELLI ANGEL CT Ciri-ciri dia cuma bunga kat tepi 1. DURABILITY / MILEAGE Setakat ni ak pakai dah 10,000 km dan setakat ni tak pernah mengecewakan. Buat masa ni ak daily ride dari Cheras ke Cyberj...

Aksesori yang sesuai untuk motor korang?

Image
Salam tayar golek gaisss. Setiap motor memerlukan mod yang sesuai untuk cara riding style korang, dari mod untuk touring kepada mod untuk keselamatan, rider ada banyak pilihan untuk menambah atau mengubah ciri-ciri motor tersebut. Based on experience dan pendapat ak, ada beberapa aksesori yang penting and jadi satu keperluan untuk motor naked macam z250sl ni. Faktor keselamatan dan jugak kemudahan diambil kira untuk kelima-lima mod yang ak pilih. Antaranya: 1.  Frame slider   Slider untuk frame enjin Sebelum ak pakai motor ni dulu ak cukup heran kenapa orang duk pasang frame slider ni kat frame enjin. Nampak macam tempat letak kaki. Yela maybe lepas bawak motor jejauh, rasa penat and nak rehat kaki kat situ. Haha jahil sungguh dulu. Untuk motor naked macam ni, frame slider ni memang penting untuk elakkan komponen penting enjin korang barai masa accident (based on pengalaman accident ak).  Material dia slalunya aluminium dan plastik so sesuai untuk keada...

Review Kawasaki Z250SL selepas 30k KM

Image
Review selepas 30,000 km Salam tayar golek gaisss. Aku bagi brief introduction sikit pasal motor belalang ni. Sebenarnya, motor ni ialah versi naked kepada Ninja 250SL dan hampir semua parts ialah sama (kecuali headlight dan fairing, of course). Kuda yang ada dalam enjin dia adalah 28 ekor (28HP) and kalau korang bawak dia dalam kelajuan bawah 30 km/h, torque dia sangat tinggi and then berat dia pun dalam 148kg, so tersangatlah ringan. Dari segi styling pulak ialah streetfighter style, so bentuk dia agak agresif dan banyak shape yang tajam. KENAPA AKU AMBIL MOTOR NI? Mesti ramai orang pelik sebab motor naked ni tak ramai yang minat tapi ak suka design dia dari pandangan tepi. Benda pertama yang ak akan pandang - Trellis frame dia sebab nampak menonjol and kena dengan taste ak. Walaupun ak tak mampu nak beli Ducati Monster, dapat motor yang ada ciri-ciri Trellis frame yang sama pun jadi laa. Another factor yang terlintas kat kepala aku ialah motor ni senang nak mencilok dalam ...