Review Kawasaki Z250SL selepas 30k KM

Review selepas 30,000 km

Salam tayar golek gaisss. Aku bagi brief introduction sikit pasal motor belalang ni. Sebenarnya, motor ni ialah versi naked kepada Ninja 250SL dan hampir semua parts ialah sama (kecuali headlight dan fairing, of course). Kuda yang ada dalam enjin dia adalah 28 ekor (28HP) and kalau korang bawak dia dalam kelajuan bawah 30 km/h, torque dia sangat tinggi and then berat dia pun dalam 148kg, so tersangatlah ringan. Dari segi styling pulak ialah streetfighter style, so bentuk dia agak agresif dan banyak shape yang tajam.


KENAPA AKU AMBIL MOTOR NI?

Mesti ramai orang pelik sebab motor naked ni tak ramai yang minat tapi ak suka design dia dari pandangan tepi. Benda pertama yang ak akan pandang - Trellis frame dia sebab nampak menonjol and kena dengan taste ak. Walaupun ak tak mampu nak beli Ducati Monster, dapat motor yang ada ciri-ciri Trellis frame yang sama pun jadi laa. Another factor yang terlintas kat kepala aku ialah motor ni senang nak mencilok dalam bandar KL, tak terlampau berat and senang nak travel jauh disebabkan oleh tank capacity dia yang sederhana besar (11L).

Abaikan ekzos ak yang macam meriam buluh tu hewhew


PERFORMANCE SETAKAT INI?

Alhamdulillah setakat ni masih belum ada masalah besar lagi. Sepanjang 2 tahun dan lebih 30 000km mileage yang ak dah guna, cuma minyak hitam dan oil filter je yang bertukar ganti dan brake pad belakang baru tukar sekali. Tayar plak memang ak dah tukar ke Pirelli Angel CT (depan) dan Metzeler Sportec Street (belakang) untuk replace tayar standard kilang. Merata tempat dah ak pergi dan antara yang paling jauh - Melaka ke Ipoh, Perak. Buat masa ni, ak berulang alik kerja dari Cheras ke Cyberjaya - 62.4 km untuk sehari. Tak banyak ragamnya.

Kalau nak sembang pasal top speed, motor ni bukannya untuk masuk race. Paling laju ak pernah try pun 151 km dan tu pun dah bergetar baq ang haha. 'Harap je 250 cc tapi tak bleh pegi laju' - anonymous, 2018. Dah banyak kali dah ak dengar tapi ak buat tak layan je. Jenis sembang top speed ni cuma budak-budak je. Kita nak cari motor yang sesuai for daily ride dan boleh jalan jauh once in a while. Selagi minyak hitam kita jaga, jarang motor tu akan buat masalah.

COMFORTABLE TAK?

Terus terang ak cakap, seat dia sangat nipis dan akan rasa sakit bila ride jauh dan berterusan. Untuk perjalanan yang dekat dan sekejap mungkin takkan terasa. Ak recommend kalau korang nak angkat motor ni, better tukar custom seat yang lebih tebal untuk rider dan pillion seat untuk keselesaan masa perjalanan jauh. 

Tinggi ak dalam 184 cm dan postur badan masa ride motor ni agak selesa dan tak menunduk. Kalau korang nak adjust ikut keselesaan korang, boleh tukar handlebar yang lebih tinggi supaya pergelangan tangan tak stress dan pinggang boleh diluruskan (dan motor korang nampak macam touring bike). Takde masalah untuk kedudukan kaki dan jugak lutut. Fuel tank pun tak terlampau besar tapi selesa untuk berpaut masa corner.

PENGGUNAAN MINYAK HARIAN

Tanki minyak motor ni berkapasiti 11 liter dan berdasarkan harga minyak setakat 4 Dis 2019 (RM2.08/L), harga full tank ialah RM22.88. Based on kiraan ak, full tank bleh capai 240km sebelum meter minyak berkelip. Apa yang ak amalkan ialah mula isi minyak bila meter minyak dah jadi dua bar. Sebabnya bila tanki minyak terlampau kering, fuel pump akan mudah rosak dan baik kita elakkan sebelum jadi. Harga aftermarket fuel pump memang akan buat korang pening so better buat cara ni.

Sepanjang ak guna motor ni dari Melaka untuk balik ke hometown kat Ipoh, ak cuma berhenti skali je untuk isi minyak dan bontot ak akan rasa kebas sebab lama atas motor (4 jam beb).

HANDLING DAN GEAR

Walaupun solo ride ataupun dengan pillion, motor ni sangat senang untuk mencelah dalam bandar sebab ringan dan saiz yang agak slim. Gear pertama dia sangat singkat dan perlu naik gear dengan cepat mengikut kelajuan yang rider bawak. Torque dia agak tinggi dan perlu dikawal dengan hati-hati supaya tak hilang kawalan. 

Dari aspek handling atas highway, naked bike macam motor ni memang mencabar sebab angin akan tiup direct kat dada korang so disebabkan ak dah biasa, dia tak jadi masalah. Cuma install je windshield yang tinggi untuk tolak angin naik dari bahagian kepala motor ke atas bahagian bahu (macam kebanyakan motor touring).

KESIMPULAN

Overall ak suka dan sangat sesuai untuk kegunaan harian dan jugak jarak jauh. Dah banyak ak tempuh (hujan lebat, jalan licin, cuaca panas, kereta palat tak bagi signal) dan motor ni sangat reliable. Tak ade motor atas dunia ni yang perfect tapi kehendak ak semuanya dapat dipenuhi haha. Walaupun tak semua orang suka dengan design dan aesthetic yang motor ni ada, ak tetap sejuk mata bila tengok. 

Comments

  1. Salam bosku. trimas atas perkongsian.. bru nk merisik z25SL 2nd. Bagi pandangan bro, overall mentenen moto ni mcm mna? ketahanan part² moto? bila cruising 120-130 gegar kuat tak?

    ReplyDelete
  2. Salam..saya dh guna motor z250sl selama 4thn.selama saya guna..alhamdulilah motor tak bnyk ragam.enjin pon tak pernah cuit lagi.cuma dlm 4thn dh dua kali tukar coil magnet.harga coil magnet mmg mahal tak sama dgn 250cc yg lain.harga coil je boleh overhol motor cupcai.agak pening jgk masa tukar barang tu.tengok harga part2 z250sl ni dh mcm harga yahudi.boleh kering pokit kalau masa motor ni buat hal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review tayar Metzeler Sportec Street vs Pirelli Angel CT

Lampu LED: Mod untuk keselamatan?

Mod kalis air: Musim hujan edition