Aksesori yang sesuai untuk motor korang?
Salam tayar golek gaisss. Setiap
motor memerlukan mod yang sesuai untuk cara riding style korang, dari mod untuk
touring kepada mod untuk keselamatan, rider ada banyak pilihan untuk menambah
atau mengubah ciri-ciri motor tersebut. Based on experience dan pendapat ak,
ada beberapa aksesori yang penting and jadi satu keperluan untuk motor naked
macam z250sl ni. Faktor keselamatan dan jugak kemudahan diambil kira untuk
kelima-lima mod yang ak pilih. Antaranya:
1. Frame
slider
Sebelum
ak pakai motor ni dulu ak cukup heran kenapa orang duk pasang frame slider ni
kat frame enjin. Nampak macam tempat letak kaki. Yela maybe lepas bawak motor
jejauh, rasa penat and nak rehat kaki kat situ. Haha jahil sungguh dulu. Untuk
motor naked macam ni, frame slider ni memang penting untuk elakkan komponen
penting enjin korang barai masa accident (based on pengalaman accident
ak).
Material
dia slalunya aluminium dan plastik so sesuai untuk keadaan jalan tar. Kenapa
plastik ye? Haa maybe ak bleh buat satu post untuk frame slider ni nanti. So
sediakan payung sebelum hujan.
2. Swingarm
Spool / Bobbin
Lokasi spool / bobbin kat bahagian bawah swingarm |
Kegunaan
spool / bobbin ni untuk memudahkan kerja korang sebenarnya. Haa bila korang nak
betulkan rantai or tayar, sangkut paddock stand kat benda ni untuk mudahkan
kerja pomen ataupun korang sendiri. Senang cerita macam double stand la kan.
Benda ni ada dua type: jenis biasa ataupun jenis slider. Korang better dapatkan spool slider sebab selain daripada function dia untuk sangkut paddock stand, dia bleh jadi slider bahagian belakang untuk protect swingarm dari berseret atas jalan tar (harap tak berlaku ye).
Benda ni ada dua type: jenis biasa ataupun jenis slider. Korang better dapatkan spool slider sebab selain daripada function dia untuk sangkut paddock stand, dia bleh jadi slider bahagian belakang untuk protect swingarm dari berseret atas jalan tar (harap tak berlaku ye).
Disebabkan motor ni takde kickstarter, korang memang harap kat
auto switch je. Tapi macam mana kalau bateri korang habis? Lagi teruk kalau
motor tak bleh start bila kat R&R highway haaa kan susah tu. So better
korang pantau voltage bateri sebelum dia betul-betul habis. Biasanya orang akan
pasang benda ni kat speedometer untuk mudah pantau dan senang nampak.
Kebanyakan voltmeter ni plug and play dan jugak waterproof. Ada jenis yang ada
USB port untuk korang charge hp masa ride. Biasanya ak nampak rider lain pasang
waze sambil charge hp tapi ak tak galakkan korang charge masa ride sebab hp
boleh jadi terlampau panas (hp terdedah kat matahari, gps terpasang sambil
charge - recipe for disaster bak kata omputih).
Benda ni tak diwajibkan untuk pakai tapi kenapa banyak superbike
MotoGP ada benda ni? Ak pernah dapat komen dari sorang kawan yang cakap lever
guard ni membahayakan dan sebab tu jpj tak wajibkan pasang. Actually benda ni
la yang selamatkan jari ak banyak kali atas jalan.
Masa menyelit dalam bandar la masa paling kritikal bila handlebar
korang bila-bila je boleh tersangkut kat side mirror kereta. Maklum la kadang-kadang
kita tak perasan dan tersalah agak jarak antara kereta kiri dan kanan.
Waktu ak accident dulu pun lever guard dah selamatkan jari ak semasa
terhempas kat atas jalan tar. Masa tu ak baru pasang sendiri sebab plug and
play je. Kebetulan sangat benda ni ada. So baik la kita pasang dulu sebelum
terlambat.
Aik kenapa nak tukar side mirror? Haa bergantung kepada keperluan
jugak sebenarnya. Macam ak explain sebelum ni yang ak kerap masuk kawasan bandar
dan kereta banyak so kena mencelah dan menyelit. Side mirror asal z250sl
tersangat lah besar macam telinga Yoda. Setiap kali mencelah je mesti sangkut
kat side mirror kereta sebelah. So dengan side mirror yang lebih kecik dan pendek
korang boleh menyelit macam motor wisuki yang laju nak mampus tu. Design untuk
side mirror pun banyak yang slim dan menampakkan ciri agresif moto naked.
KESIMPULAN
Jadi itulah senarai aksesori yang ak rasa memang korang kena
upgrade untuk memudahkan kita ride kuda ni. Tapi itu bergantung kepada keperluan
masing-masing dan riding style korang. Setiap mod terpulang kepada penggunaan
rider contohnya untuk perjalanan jarak jauh atas highway, korang perlukan
windshield yang tinggi untuk kurangkan rintangan angin kat badan selain
daripada mengurangkan lenguh-lenguh badan. Semua ni hanyalah pendapat ak sebagai
pengguna z250sl. So itu je untuk post kali ni. Ride safe and safe ride gaiss.
Comments
Post a Comment