Review tayar untuk beginner: Dunlop TT900
Kuda hijau yang kurang ensem selepas accident |
Pertama sekali, korang kena senaraikan priority dan make sure tayar tu kena dengan gaya ride masing-masing. Ada rider yang nak cari tayar untuk daily ride (pegi kerja, balik kerja) and ada yang cari tayar untuk weekend ride ke Genting (haha tak digalakkan, cari nahas je). So far, aku hanya boleh bagi pendapat untuk beberapa tayar je sebab aku still beginner and mileage motor baru nak cecah 30k. Kuda yang aku ride pun cuma mid-displacement bike je iaitu Z250SL.
Based on pengalaman aku yang hanya bawak Z250SL je, ada 3 jenis tayar yang pernah dipakai termasuklah tayar standard dari kilang. Jom tengok kat bawah ni:
REVIEW DUNLOP TT900
Dunlop TT900 |
1. DURABILITY / MILEAGE
Ketahanan dia sampai 20,000 km dan aku pakai dia sampai nampak fiber dalam (jangan tiru bahaya weh) dalam jangka masa setahun. Tayar ni standard kilang dan lepas 15,000 km tu aku rasa macam nak kunyah je tayar ni sebab performance dah teruk.
2. WET GRIP / HUJAN
Setiap kali aku brek, tayar ni confirm sliding teruk. Pernah sekali tu aku bawak laju atas line putih divider kat highway (mileage tayar dah cecah 15,000 km) and guess what? Menggelupur aku control moto sebab kena tank slapper! Kalau korang tak tau tank slapper tu apa, haa kat bawah ni:
Apa yang korang fikir kalau korang kena ni? |
3. CORNER
Hmph rasa tak confident langsung. Tayar ni depan dan belakang macam takde grip dan rasa membuang (bukan buang dalam tandas ye). Baik la jangan layan corner, bawak tegak je haha. Walaupun tayar dia keras dan bunga dia nampak banyak kat bahagian tepi tayar, tapi cengkaman dia hampir takde. Pelik kan?
4. BRAKE
Tersangat lah teruk. Setiap kali emergency brake je mesti sliding teruk ke depan. Paling worse sekali bila aku brake untuk mengelak kereta. Hasilnya? Ada 7 skru dan satu plat besi kat bahu sebab terjatuh haha. Maybe aku akan cerita pasal accident ni kat post lain.
KESIMPULAN
Jangan pakai tayar ni gais. Aku terpaksa pakai disebabkan standard kilang dan belum ada ongkos untuk beli tayar baru. Jadi korang kena invest untuk tayar yang performance lagi bagus dan tahan lama. Nanti aku buat review untuk 3 lagi jenis tayar yang aku pakai iaitu Metzeler Sportec Street dan Pirelli Angel CT.
Comments
Post a Comment